Amnesty International Malaysia

Amnesty International Malaysia adalah sebahagian dari pergerakan global Amnesty International yang terdiri dari 2.8 juta ahli, penyokong dan aktivis di lebih 150 negara dan wilayah yang berkempen untuk menghentikan pencabulan hak-hak asasi manusia.

Visi kami adalah bagi setiap individu untuk menikmati semua haknya seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat, dan undang-undang hak-hak asasi manusia antarabangsa dan kebangsaan yang lain. Kami tidak berpihak dengan mana-mana kerajaan, ideologi politik, fahaman agama dan ekonomi. Aktiviti kami dibiayai oleh ahli dan derma awam.

Di Malaysia kami amat giat dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai hak-hak asasi terutamanya di kalangan belia yang akan menerajui negara. Ini termasuklah hak-hak ekonomi, sosial, budaya dan politik. Dengan bergandingan bersama persatuan-persatuan dan individu-individu lain seperti UndiMsia!, kami berharap Malaysia akan menjadi pendokong utama dalam mempertahankan hak-hak asasi manusia.

Layari: www.facebook.com/AIMalaysia

Leave a reply


5 + = ten